ABOUT ME

My Photo
IPOH, PERAK MALAYSIA, Malaysia
No.Matrik:D20111049898 Sk Sungai Rokam Ipoh Perak Guru Bahasa Melayu

Thursday, 12 April 2012

RPH Bahasa Melayu Tahun 5


Tarikh                                   :29 Mac 2012
Masa                                    :10.50 – 11.50
Kelas                                    :4 Cemerlang
Bilangan Murid                 :18 orang
Mata Pelajaran                :Bahasa Melayu
Tema                                    :Keselamatan
Tajuk                                    :Pencemaran Air
Hasil Pembelajaran        :-
Fokus Utama                     :
8.5 – Mengenal pasti dan menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam satu perenggan atau antara perenggan dalam sesebuah karangan.
Aras 1(1) -  Memilih dan mengenalpasti penanda wacana yang terdapat dalam teks yang dibaca.
Fokus Sampingan            :
5.1 – Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul serta memahami perkara yang dibaca.
Aras 3(1) - Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik.
Objektif Pelajaran          :
                                               Pada akhir pelajaran ini diharapkan murid dapat:-
1) Menyenaraikan 3 daripada 5 penanda wacana yang terdapat dalam teks yang dibaca.
                                               2) Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik.
                                               3) Membina 5 perkataan daripada 5 perkataan pencemaran.
Sistem Bahasa                  :
                                               Penanda wacana.
Pengisian Kurikulum      :
1) Ilmu                                 :Kajian Tempatan dan Geografi
2) Nilai                                 :Kerjasama
3) Kewarganegaraan     :Mencintai negara yang aman dan selamat
4) Kemahiran Bernilai    :
                                               a)Kemahiran berfikir – menjana idea
                                               b)Belajar cara belajar – Belajar kumpulan
                                               c)Pembelajaran konstektual – Bekerjasama
                                               d)Pembelajaran konstruktivisme
Pengetahuan Sedia Ada              :
                                               1. Murid pernah melihat tragedi pencemaran air atau sungai yang berlaku di kawasan perumahan mereka
Bahan Bantu Mengajar :
                                               1. Slaid ikan duyung
                                               2. Petikan Teks

Langkah / Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
(5 minit)
Soalan:
i.Apakah yang kamu dapat lihat melalui video tersebut?
ii.Apakah yang sering dilakukan oleh Apek Senario dan sahabatnya Orex?
iii.Apakah yang akan berlaku jika Apek dan Orex tidak memungut sampah?
iv.Pernahkah kamu melihat pencemaran air berlaku?

i.Murid melihat tayangan sedutan filem ‘Duyung’
ii.Murid diminta untuk memberi tumpuan terhadap klip video yang ditayangkan.
iii.Murid dan guru bersoal jawab berdasarkan tayangan video.
BBM:
Video sedutan filem ‘Duyung’
Langkah 1 (10 minit)
Petikan teks “Pencemaran Air”
i.Murid diberikan teks “pencemaran Air” oleh guru.
ii.Murid diminta membaca teks secara mentalis.
iii.Beberapa orang murid dipilih secara rawak untuk membaca secara kuat dan diikuti murid yang lain.
iv.Guru membimbing bacaan murid supaya betul sebutannya serta menggunakan intonasi yang menarik.


Langkah 2
(15 minit)
Penanda wacana :
 1. Demikianlah
2.Namun begitu
3.Selain itu
4.Justeru
5.Malahan
6.Akhirnya
i.Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
ii.Ketua kumpulan dikehendaki mengambil kertas arahan daripada guru.
iii.Murid dikehendaki berbincang dan menyenaraikan 5 penanda wacana yang terdapat dalam petikan tersebut.
iv.Guru berbincang dengan murid sama ada jawapan yang diberikan betul atau tidak

Langkah 3
(15 minit)
Lembaran kerja seperti yang dilampirkan.
i.Murid diedarkan dengan lembaran kerja.
ii.Secara berkumpulan murid diminta untuk berbincang soalan yang telah diedarkan.
iii.Guru meminta murid untuk membacakan jawapan.
iv.Guru berbincang jawapan dengan murid..
v.Guru meminta murid menampal lembaran kerja didalam buku latihan.

Langkah 4
(10 minit)
Permainan Bahasa
-PENCEMARAN-
i.Murid melihat perkataan pencemaran yang telah ditampal oleh guru dipapan tulis.
ii.Secara berkumpulan murid dikehendaki membina sekurang-kurangnya 10 perkataan baru daripada perkataan “PENCEMARAN”
iii.Guru berbincang dengan murid perkataan yang betul.

Penutup
(5 minit)
Kognitif:
-Rumusan isi pelajaran
Sosial
-Rumusan nilai murni

i.Guru merumuskan keseluruhan isi pelajaran .
ii.Guru menyatakan nilai murni yang terdapat dalam pembelajaran.
iii.Murid memberikan tepukan sebagai peneguhan positif.
Nilai Murni: Kebersihan

Teknik:
1.Soal jawab
2.Sumbang saran

No comments:

Post a Comment